Falsafah PSS

    Pusat Sumber Sekolah merupakan satu proses aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.

    Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan menyusun segala maklumat dalam sesuatu sistem yang mudah untuk diikuti, menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemaskini serta menyebar bahan-bahan maklumat dengan segera dan bila-bila masa yang diperlukan.

    Pusat Sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum di mana ianya merentasi kurikulum serta menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani pelajar-pelajar yang seimbang.

 

Kembali ke Muka Hadapan