SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KING GEORGE V

Warkah dari GPM PSS SMKKGV.

 

Salam Bahagia,

        Sejarah PSS SMKKGV bukan bermula dari yang terbaik. Pencapaian sederhana yang cuma mendapat gred B dalam penggredan PSS dalam tahun 2001. Dengan kerjasama erat semua pihak bermula dari pihak pentadbiran, semua guru dan golongan PIBG serta alumni sekolah (ex-Georgian), PSS terus berkembang dari tahun ke tahun.

         Dalam masa dua tahun sahaja, sekolah ini telah mampu meningkat dari gred B ke gred A dalam penggredan PSS anjuran BTPNNS dan kemuncak kejayaan ialah telah dinobatkan sebagai Johan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah Bandar pada tahun 2006.

        Kejayaaan ini bermula dengan perancangan yang teliti dan tindak ikut yang sistematik menjadikan wawasan sekolah menjadi suatu realiti, Tidak sukar sebenarnya mencemerlangkan PSS. Kunci utama adalah kesepakatan semua pihak dalam menggembeling tenaga bersama.

        Di laman ini, kami ingin berkongsi bersama anda berita-berita menarik dan terkini tentang PSS kami.


Tags

  1. baca

News

Jom Baca Buku !!!

01/04/2009 13:41
Mari kita baca buku yang paling hangat di pasaran.. buku yang terkini dan menjadi rebutan ramai kini di PSS SMK KGV. Cadangan buku menarik bulan ini : 1000 Wonders of the World (Wilco Publishing House), The Chronicles of World History ( Grange Books Ltd.), Atlas of the Human Body...

—————

Lawatan PSS KGV ke Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC

01/04/2009 11:36
Nantikan kehadiran kami di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa pada 18 April 2008! Mesti gah punye la kat sana! Harap-harap balik nanti tak terlebih beban bawa banyak sangat buku........

—————

Lawatan 'benchmarking'

01/04/2009 11:24
PSS KGV akan menerima lawatan 'benchmarking' dari guru-guru dan pengawas PSS SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu pada 16 April 2009 dan SMK Khir Johari pada 28 April 2009. Kepada para pelawat dari sekolah-sekolah tersebut, U're Most Welcome!

—————