Prasarana/Fasiliti

PSS KGV telah menyediakan prasarana yang mencukupi untuk guru-guru dan pelajar-pelajar seperti:

 

PERPUSTAKAAN

 

Terdapat berbagai koleksi buku termasuk Karya Agong di gedung ilmu ini. Perpustakaan SMK KGV mensasarkan nisbah pelajar kepada buku adalah 1 : 25  menjelang tahun 2010. Koleksi buku di perpustakaan mencakupi segala bidang ilmu termasuk jurnal, majalah dan surat khabar. Dengan persekitaran yang sangat kondusif menjadi pilihan utama pelajar untuk mengulangkaji pelajar setelah tamat sesi persekolahan setiap hari. Sistem pengautomasian telah diaplikasikan sepenuhnya untuk memudahkan warga sekolah mengakses maklumat,  meminjam dan memulangkan buku. Gedung ilmu ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

 

BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR

 

Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada warga pendidik dan juga kepada pelajar-pelajar SMK KGV untuk meningkatkan kecemerlangan P&P. Koleksi bahan yang disediakan untuk kegunaan warga pendidik termasuklah CD pendidikan, carta, carta gulung dan diorama sama ada yang dibeli atau yang disediakan sendiri oleh para guru melalui Pertandingan Membina BBM dengan Pakej KBKK antara Panitia Matapelajaran.

 

SELF ACCESS LEARNING CORNER (SALC)

  

SALC berlokasi di dalam Perpustakaan. Menyediakan kad–kad latihan secara kendiri mengikut tahap kebolehan pelajar di dalam meningkatkan penguasaan di dalam Bahasa Inggeris. Sudut ini boleh menampung 30 orang pelajar pada satu masa dan pelajar bebas mengakses maklumat dan melengkapkan latihan pada bila-bila masa mengikut waktu perkhidmatan Perpustakaan.

 

CYBER CAFÉ

 

Cyber Café adalah gerbang dunia informasi.Terdapat 10 unit komputer yang dihubungkan dengan internet. Tanpa dikenakan sebarang bayaran, anda boleh menjelajah dunia dengan hujung jari. Lantaran itu, rebutlah peluang keemasan ini, gunakan kemudahan di cyber cafe untuk menyiapkan tugasan anda.

 

SUDUT ANJUNG MAYA (ANJUNG SAM)

 

Berehat, berbincang atau melayari internet melalui sistem ’wifi’ sambil menikmati minum petang di sudut santai Anjung SAM.

 

BILIK THEATRETTE

 

 Dewan ini telah dilengkapi dengan papan putih, layar putih mekanik, pemain VCD, DVD dan komputer untuk tayangan gambar. Selain digunakan untuk bermesyuarat atau berbengkel, bilik ini juga amat sesuai digunakan untuk sesi P&P. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang pada satu – satu masa.

 

MAKMAL BAHASA

 

 Makmal bahasa telah beroperasi dengan segala kemudahan ’hardware’ yang termoden. Pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin menarik. Makmal ini digunakan sepenuhnya untuk P&P bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Dengan prasarana yang lengkap ini juga telah menarik guru-guru matapelajaran selain bahasa untuk menggunakan makmal ini bagi proses P&P. Pada tahun 2009, Makmal ini telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan 30 kemudahan komputer untuk melicinkan lagi proses P&P di bilik ini.

 

Kembali ke Muka Hadapan