SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KING GEORGE V
Warkah dari GPM PSS SMKKGV.
Salam Bahagia,
Sejarah PSS SMKKGV bukan bermula dari yang terbaik. Pencapaian sederhana yang cuma mendapat gred B dalam penggredan PSS dalam tahun 2001. Dengan kerjasama erat semua pihak bermula dari pihak pentadbiran, semua guru dan golongan PIBG serta alumni sekolah (ex-Georgian), PSS terus berkembang dari tahun ke tahun.
Dalam masa dua tahun sahaja, sekolah ini telah mampu meningkat dari gred B ke gred A dalam penggredan PSS anjuran BTPNNS dan kemuncak kejayaan ialah telah dinobatkan sebagai Johan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah Bandar pada tahun 2006.
Kejayaaan ini bermula dengan perancangan yang teliti dan tindak ikut yang sistematik menjadikan wawasan sekolah menjadi suatu realiti, Tidak sukar sebenarnya mencemerlangkan PSS. Kunci utama adalah kesepakatan semua pihak dalam menggembeling tenaga bersama.
Di laman ini, kami ingin berkongsi bersama anda berita-berita menarik dan terkini tentang PSS kami.